Thursday, April 30, 2009

Tazkirah hamba

Dalam kehidupan seharian,sedar ke, tak sedar....,kita memang diuji dan ujian itu berpanjangan sehingga kita bertemu hari yang sememangnya dijanjikan untuk menilai sejauh mana kejayaan menempuh ujian tersebut.Di dunia ini hari tersebut bolehlah kita ibaratkan dengan hari konvokesyen atau hari menerima anugerah.Tetapi tidaklah boleh disamakan juga kerana konvokesyen atau hari menerima anugerah itu bagi mereka yang berjaya sahaja, yang tidak berjaya terpaksa mengulanginya semula.Mungkin kita kita boleh sebutkan sebagai hari pengadilan dan penganugerahan sempena mengadap Raja Agong bagi segala raja yang bergelar Tuhan yang maha suci daripada sekutu.Di sana nanti ada yang dapat anugerah khas sebagai orang-orang kanan Agong seperti Anbiyaillah,para Siddiiqin,para Syuhada` dan para Solihin.Empat golongan ini adalah merupakan golongan atasan yang rapat dengan Yang Dipertuan Maha Agong mengikut turutan tersebut.InsyaAllah nanti kita sambung naaa...Hamba nak beradu ke peraduan.

1 comment:

  1. mcm ku kenal aja blogger ini..siapa ya..?? di manakah kita pernah bertemu ya..?? hahaha

    ReplyDelete